Sumber rujukan tidak sah Wikipedia:Sumber_yang_boleh_dipercayai

Berikut adalah sumber rujukan yang tidak sah digunakan di dalam Wikipedia (samada Wikipedia bahasa Melayu atau Wikipedia versi bahasa yang lain). Wikipedia melarang sebarang pautan terhadap laman-laman dibawah sebagai bukti rujukan teks anda.

  • Media sosial = Seperti Facebook, Twitter, Friendster atau/dan yang mempunyai kaitan dengan laman interaksi sosial sebagai rujukan kerana maklumat disitu mudah untuk diputarbelitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
  • Blog peribadi dan blog organisasi = Ini termasuk juga pautan rujukan kepada laman blogspot dan lain-lain yang berkaitan atau mempunyai maksud yang sama dengannya.
  • Laman forum internet
  • Laman gosip = Laman gosip hiburan dan sebagainya, termasuk laman prank, jenaka yang bertujuan hiburan dan ternyata tidak menggambarkan nilai ilmiah.
  • Sebarang karya sendiri yang tidak dapat ditentusahkan = Tidak dapat ditentusahkan disini beerti tiada perakuan terhadapat reputasi kesahihannya oleh golongan profesional.
  • Surat khabar persendirian = Beerti akhbar terbitan diri sendiri dan tiada perakuan dari sektor umum.
  • Laman web peribadi
  • Laman Wikipedia yang lain = Apa-apa laman Wikipedia yang berkaitan dengan rencana ilmiah (ini tidak termasuk rujukan yang disandarkan pada rencana di Wikipedia tersebut dan laman-laman dasar dan polisi Wikipedia).


Larangan menggunakan sumber rujukan yang kabur kredibilitinya

Perlu juga dijelaskan disini bahawa sesiapa sahaja mungkin boleh mencipta atau membina laman sesawang atau membayar kepada mana-mana pihak bagi menghasilkan suatu karya samada hasil cetusan idea dan pemikirannya sendiri atau orang yang membinanya atau sesuatu pihak yang diupahnya, sedangkan ia sebenarnya tidak mendapat reputasi tinggi oleh masyarakat atau para akademis yang menilai. Ia juga menjadikan kerja tersebut sebagai suatu karya yang kononnya mendapat sanjungan (sedangkan sebenarnya adalah sebaliknya) ataupun sengaja membuat-buat cerita bahawa karya itu adalah hasil kajian yang kaya dan pakar dalam sesuatu bidang atau pelbagai bidang. Maka apa jua perkara diatas adalah terlarang untuk diselitkan dalam Wikipedia ini sebagai sumber rujukan yang boleh dipercayai.